Kursus Komunikasi Berkesan Dengan Warga Emas | INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeing®)
» BERITA » Kursus Komunikasi Berkesan dengan Warga Emas

Kursus Komunikasi Berkesan dengan Warga Emas

 
 
 
 
SERDANG, 25 September - Jawatankuasa Latihan dan Sumber Pembelajaran (TERA), MyAgeing®ï¸ telah menganjurkan Kursus Komunikasi Berkesan Dengan Warga Emas. Kursus ini telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Zainal bin Madon, Timbalan Dekan Siswazah, JINM & Penjanaan Pendapatan, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia.
 
Seramai 16 orang peserta terdiri daripada staf UPM, pusat jagaan dan juga orang awam, telah diberi pendedahan tentang cara-cara komunikasi yang berkesan dengan warga emas. Dalam kursus ini, mereka mempelajari tiga jenis komunikasi iaitu intrapersonal, interpersonal dan komunikasi dengan Pencipta seluruh alam. Penekanan juga diberikan kepada kepentingan asas komunikasi berkesan dengan warga emas, termasuk sifat mesra, penerimaan tanpa syarat, kejujuran, kongruen dan empati.
 
Peserta turut didedahkan dengan teknik-teknik yang sesuai untuk menangani masalah kurang keyakinan diri yang sering dihadapi oleh warga emas. Aktiviti Role Play yang diadakan membolehkan peserta merasai pengalaman tersebut secara langsung. Topik terakhir membincangkan halangan komunikasi termasuk kelemahan dalam kemahiran mendengar, perbezaan emosi, persepsi dan intonasi.
 
Menurut Prof. Madya Dr. Zainal, setiap penjaga warga emas perlu memahami dan memberi perhatian kepada aspek-aspek halangan ini bagi memudahkan interaksi dalam kehidupan seharian, sekaligus dapat menangani konflik dalam komunikasi.
 
 

 

Tarikh Input: 26/09/2024 | Kemaskini: 26/09/2024 | ainulmardiyyah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeing®)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397692750/ 2755
0397692738/ 2744
X, (12:11:34pm-12:16:34pm, 24 Jul 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]