Serdang, 20 Mac – Jawatankuasa Latihan dan Sumber Pembelajaran (TERA), MyAgeing®️ telah menganjurkan kursus yang telah disampaikan oleh En. Hazwan Mat Din, pegawai penyelidik dari Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing®️). Seramai 10 peserta telah terlibat secara langsung dalam program ini.
Kursus ini memberi pendedahan kepada peserta berkenaan penggunaan Statistical Analysis dalam konteks penyelidikan. Selain mempelajari teknik analisis yang berkesan, peserta juga diterapkan dengan pendekatan praktikal yang membolehkan mereka memahami dan mengatasi cabaran yang biasa timbul dalam proses analisis data.
Semoga kursus ini akan memberi kesan yang positif dalam menambahbaik kemahiran penyelidikan peserta. Dengan pengetahuan dan kemahiran praktikal yang telah dipelajari, peserta diharapkan dapat meningkatkan kualiti penyelidikan mereka.
Bagi mereka yang ingin memperkukuhkan kepakaran mereka, kami mengalu-alukan permohonan untuk menyertai kursus yang dianjurkan oleh MyAgeing®️ dan boleh e-mel kepada tera.myageing@upm.edu.my / myageing@upm.edu.my / dir.ippm@upm.edu.my.
Tarikh Input: 20/03/2025 | Kemaskini: 20/03/2025 | n_asyikin

Universiti Putra Malaysia,
43400 Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
MALAYSIA