Latihan Industri Di MyAgeing™ | INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeing®)
» BERITA » Latihan Industri di MyAgeing™

Latihan Industri di MyAgeing™

SERDANG, 30 Ogos 2024 – Seramai tiga (3) orang pelajar iaitu Aineen Yasmin Hannani, Nur Alia Afrina, Nur Izzati yang merupakan pelajar Bacelor Sains Bioperubatan dengan Kepujian dari Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM telah menamatkan Latihan Industri (LI) selama satu (1) bulan bermula 5 Ogos 2024 hingga 30 Ogos 2024 di Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing™) pada hari ini.
 
Warga MyAgeing™ mengucapkan ribuan terima kasih dan tahniah kepada semua pelajar LI yang telah berkhidmat di MyAgeing™. MyAgeing™ telah memberikan peluang dan pendedahan awal kepada pelajar LI tentang situasi sebenar alam pekerjaan serta kemahiran-kemahiran penting yang dapat diterapkan pada masa hadapan.
 
Antara aktiviti utama yang dilaksanakan adalah menghadiri serta menyertai secara aktif dalam program Seminar Siri 2: Pemberdayaan Kognitif Warga Emas melalui Aplikasi Permainan Mudah Alih Pintar dan Teknologi Realiti Maya yang diadakan di Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Putrajaya bersama-sama staf MyAgeing™, di mana perbincangan secara mendalam peranan teknologi terkini dalam usaha meningkatkan kesejahteraan kognitif warga emas dijalankan. Selain itu, sebuah video juga telah dihasilkan bagi menjalankan promosi yang komprehensif mengenai penggunaan aplikasi dan peranti rumah pintar, sebagai langkah persiapan awal bagi mempromosikan teknologi inovatif ini kepada golongan sasar. Seterusnya, para pelajar turut terlibat secara langsung dalam persiapan Pertandingan Kibar Jalur Gemilang Semarak Merdeka UPM 2024 anjuran Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, UPM, dengan menyumbangkan pelbagai idea kreatif serta membantu dalam aspek logistik dan teknikal. Pelajar-pelajar juga turut membantu menjayakan program Kursus Penuaan Anggun dan Sihat yang berlangsung di Bilik Latihan MyAgeing™, UPM dengan memainkan peranan penting dalam memastikan kelancaran keseluruhan acara dan memberikan sokongan teknikal serta logistik kepada semua peserta dan penganjur yang terlibat.
 
Penyampaian sijil dan cenderamata pada hari terakhir telah disempurnakan oleh Pengarah MyAgeing™, Prof. Madya Dr. Rahimah Ibrahim dan Ketua Laboratori Gerontologi Perubatan dan Geronteknologi, Ts. Dr. Nazim Mohtar.
 
Semoga terus maju jaya.
 

Pelajar serta staf di Pusat Aktivit Warga Emas (PAWE)

 

Staf dan peserta Kursus Penuaan Anggun dan Sihat yang dijalankan di Bilik Latihan MyAgeing™,UPM

 

Pelajar bersama-sama pengarah dan penyelia semasa majlis penyampaian sijil dan cenderamata

 

Disediakan oleh,

Aineen Yasmin Hannani

Nur Alia Afrina 

Nur Izzati

Tarikh Input: 30/08/2024 | Kemaskini: 03/09/2024 | norhanika

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeing®)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397692750/ 2755
0397692738/ 2744
W, (01:06:48pm-01:11:48pm, 19 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]