Latihan Sangkutan Di MyAgeing™ | INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeing®)
» BERITA » Latihan Sangkutan di MyAgeing™

Latihan Sangkutan di MyAgeing™

Latihan Sangkutan di MyAgeing™

 

Serdang, 2 Ogos 2024 – Dr. Mohd Fadzil bin Mohd Hussin merupakan Pegawai Perubatan dan juga pelajar Sarjana Kedoktoran Kesihatan Awam (DrPH) di Jabatan Perubatan Kemasyarakatan dan Pencegahan, Fakulti Perubatan, Universiti Malaya (UM). Beliau telah menamatkan latihan sangkutan selama satu bulan di Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing™) pada hari ini.

 

Beliau mengucapkan syukur dan berterima kasih atas bimbingan daripada semua staf MyAgeing™ terutamanya Prof. Madya Dr. Rahimah binti Ibrahim, Pengarah MyAgeing™ dan Dr. Puvaneswaran Kunasekaran, Ketua Laboratori Gerontologi Sosial serta pegawai-pegawai laboratori, staf akademik dan staf pentadbiran.

 

Di antara aktiviti utama yang dilaksanakan Dr. Mohd Fadzil adalah projek komuniti bersama Pertubuhan Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) MyAgeing™. Beliau juga aktif memberikan bimbingan sesi ceramah dan konsultasi kesihatan kepada ahli PAWE MyAgeing™ dalam skop penuaan sihat, masalah kesihatan warga emas terutamanya kesedaran mengenai insomnia, demensia dan keberdayatahanan warga emas.

 

Penyampaian sijil dan cenderamata pada hari terakhir telah disempurnakan oleh Prof. Madya Dr. Rahimah Ibrahim dan Dr. Puvaneswaran Kunasekaran. Turut hadir bersama ialah Puan Askina Aziz selaku Penolong Pendaftar.

 

Semoga terus maju jaya.

 

 

Disediakan oleh:

 

Dr. Mohd Fadzil Mohd Hussin

Professional Internship

 

Tarikh Input: 02/08/2024 | Kemaskini: 04/09/2024 | norhanika

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeing®)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397692750/ 2755
0397692738/ 2744
W, (04:19:11pm-04:24:11pm, 07 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]