Lawatan Ke Yayasan Al-Jenderami (YAJ) | INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeingâ„¢)
» BERITA » Lawatan ke Yayasan Al-Jenderami (YAJ)

Lawatan ke Yayasan Al-Jenderami (YAJ)

DENGKIL, 19 Jan – Seramai 19 orang staf dan 2 orang pelajar siswazah MyAgeing™ mengikuti lawatan ke Yayasan Al-Jenderami (YAJ) anjuran Unit Eksperimentasi Penjagaan Warga Emas (ACE), MyAgeing™. Pihak pengurusan YAJ yang diketuai oleh Tn. Hj. Zainuddin bin Abd Manaf telah menyambut baik dan amat mengalu-alukan kehadiran peserta.

 

 

Peserta dibawa melawat sekitar kawasan YAJ dan Kompleks Warga Emas serta diberikan penerangan ringkas berkenaan YAJ. Dalam perbincangan tersebut, kedua-dua pihak dapat menjalinkan kolaborasi bagi meningkatkan perkhidmatan kualiti penjagaan warga emas.

Sementara itu, Yayasan Al- Jenderami telah ditubuhkan pada tahun 2003 sebagai Badan Bukan Kerajaan (NGO). Ia merupakan instrumen kepada Madrasah Al Jenderami menjalankan aktiviti secara lebih kemas dan berkesan yang mana fungsinya termasuklah mendapatkan keperluan utama untuk mengumpul, menyelenggara dan menghasilkan dana bagi pelbagai aktiviti keagamaan, pendidikan, program sosial dan kebudayaan terutamanya bagi Ummah dan masyarakat secara amnya.

YAJ menjalankan pelbagai aktiviti termasuklah Pembangunan Kebajikan Masyarakat dan Sumber Manusia yang mana Program Pengajian Ugama bagi warga tua/warga emas telah ditubuhkan yang dinamakan sebagai Pusat Pengajian Sepanjang Hayat Ibu Ayah atau Warga Tua (PPSPHIA). Pusat ini menempatkan seramai 138 orang.

Tarikh Input: 20/01/2023 | Kemaskini: 20/04/2023 | ainulmardiyyah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeingâ„¢)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397692750/ 2755
0397692738/ 2744
SXEUKAb~