Lawatan Kontingensi Dari Bahagian Pelaburan Strategik,KWSP | INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeingâ„¢)
» BERITA » Lawatan kontingensi dari Bahagian Pelaburan Strategik,KWSP

Lawatan kontingensi dari Bahagian Pelaburan Strategik,KWSP

SERDANG, 16 Januari- Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing) telah menerima lawatan kontingensi dari Bahagian Pelaburan Strategik di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). KWSP kini sedang meneroka lebih banyak pelaburan strategik yang membantu dalam memberikan nilai kepada pelanggan mereka dan memberi manfaat kepada masyarakat melalui kemajuan ekosistem termasuk penjagaan warga emas di Malaysia.

Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia amat mengalu-alukan sokongan daripada pelbagai sektor untuk berkongsi kepakaran terhadap penjagaan warga emas di Malaysia. Justeru dapat menyahut cabaran dalam sektor penjagaan warga emas di Malaysia.

Turut hadir semasa sesi perbincangan ringkas dan lawatan kotegensi, Pengarah MyAgeing™, Prof. Ir. Dr. Siti Anom Ahmad serta barisan ahli pengurusan MyAgeing™,  dan pegawai penyelidik.

Sementara itu, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) merupakan antara tabung simpanan persaraan tertua dan yang terbesar di dunia. KWSP ditubuhkan pada tahun 1951, KWSP membantu tenaga kerja Malaysia menabung untuk persaraan pekerja selaras dengan Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991.

Tarikh Input: 17/01/2023 | Kemaskini: 28/02/2023 | lizamdnor

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeingâ„¢)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397692750/ 2755
0397692738/ 2744
SXEaOAC~