Lawatan Pelajar Dari Uzbekistan | INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeing®)
» BERITA » Lawatan Pelajar dari Uzbekistan

Lawatan Pelajar dari Uzbekistan

 
SERDANG, 26 Februari 2025 – Sebagai sebahagian daripada program Winter Cultural Exchange Universiti Utara Malaysia (UUM), seramai 37 pelajar dari Uzbekistan bersama 4 pegawai pengiring yang diketuai oleh En. Mohd Azri Abdul Aziz, Penolong Pengarah Pusat Hal Ehwal dan Kerjasama Antarabangsa UUM, telah mengunjungi Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia, MyAgeing®.
 
Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan kepada para pelajar mengenaibudaya dan tradisi Malaysia, serta memperkukuhkan interaksi antara generasi. Lawatan dimulakan dengan taklimat mengenai institut oleh Pengarah MyAgeing®, diikuti dengan demonstrasi memasak roti jala oleh ahli Persatuan Pembelajaran Sepanjang Hayat Warga Emas U3A Malaysia. Aktiviti ini bukan sahaja memperkenalkan tradisi kulinari Malaysia, tetapi juga menjadi sebahagian daripada program integrasi antara generasi yang memupuk hubungan harmoni antara warga emas dan generasi muda.
 
Selain itu, lawatan ini juga memberi peluang untuk mempromosikan MyAgeing® serta program pascasiswazah dalam bidang gerontologi dan teknologi penuaan. Diharapkan pendedahan ini dapat menarik minat lebih ramai pelajar antarabangsa untuk menyertai program-program MyAgeing®, sekaligus membuka peluang untuk lebih banyak kolaborasi global.

Tarikh Input: 05/03/2025 | Kemaskini: 05/03/2025 | lizamdnor

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeing®)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397692750/ 2755
0397692738/ 2744
F, (09:49:39am-09:54:39am, 11 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]