MAJLIS APRESIASI DAN TAMAT LATIHAN PROGRAM PeTaH 2022 MyAgeingâ„¢ | INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeingâ„¢)
» BERITA » MAJLIS APRESIASI DAN TAMAT LATIHAN PROGRAM PeTaH 2022 MyAgeingâ„¢

MAJLIS APRESIASI DAN TAMAT LATIHAN PROGRAM PeTaH 2022 MyAgeingâ„¢

16 DISEMBER 2022 | MAJLIS APRESIASI DAN TAMAT LATIHAN PROGRAM PeTaH 2022 MyAgeing™

Majlis yang julung kali diadakan ini bertujuan untuk mengiktiraf dan menghargai pencapaian semua peserta yang telah berjaya menamatkan program PeTaH 2022 MyAgeing™ yang telah berlangsung selama tiga bulan.

Program Citi-UPM Pendayaupayaan Kewangan untuk Wanita Matang Melalui Pembangunan Keusahawanan Integrasi Pertanian Tanpa Tanah (PeTaH) Sayuran dan Penternakan Lebah Kelulut diadakan untuk menggalakan wanita matang golongan B40 menceburi bidang pertanian, keusahawanan dan pengurusan kewangan. Program ini dapat membantu peserta untuk lebih berdaya saing dalam berniaga, dan membantu keluarga untuk keluar daripada masalah ekonomi dan kewangan serta dapat menambah sekuriti makanan.

Program ini juga telah membangunkan usahawan senior memandangkan Malaysia sedang dalam proses menjadi negara tua, iaitu ke arah 15 peratus penduduk berusia 60 tahun dan ke atas.

Melalui program ini peserta berjaya mengikuti 26 modul latihan dalam bidang pengurusan kewangan peribadi, pembangunan keusahawanan, penternakan lebah kelulut dan penanaman sayur secara hidroponik. Di samping aktiviti peratnian hidroponik dan penternakan lebah kelulut, peserta juga dilatih membangunkan produk hiliran iaitu sabun berasaskan lebah kelulut dan jambangan (bouquet) sayuran komersial. Walaupun pada usia matang dan warga emas, kemampuan peserta luar biasa dan setanding warga muda.


Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua peserta yang mendapat Sijil Apresiasi Dan Tamat Latihan Program PeTaH 2022. Semoga ianya menjadi pemangkin dan pendorong dalam usaha untuk terus mengamalkan ilmu dan kemahiran yang diperolehi bersama kejiranan mereka khususnya dan masyarakat keseluruhan, umumnya.

Tarikh Input: 16/12/2022 | Kemaskini: 16/12/2022 | n_asyikin

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeingâ„¢)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397692750/ 2755
0397692738/ 2744
SXDdPAA~