Mengimarahkan Bulan Suci Dalam Program Ihya’ Ramadan Bersama Pertubuhan Pusat Aktiviti Warga Emas PAWE@MyAgeing | INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeingâ„¢)
» BERITA » Mengimarahkan Bulan Suci Dalam Program Ihya’ Ramadan Bersama Pertubuhan Pusat Aktiviti Warga Emas PAWE@MyAgeing

Mengimarahkan Bulan Suci Dalam Program Ihya’ Ramadan Bersama Pertubuhan Pusat Aktiviti Warga Emas PAWE@MyAgeing

 

AMPANGAN, 30 Mac – Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing™) dengan kerjasama Persatuan Kebajikan dan Aktiviti SosioEkonomi Ahli Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyKase), Wellbeing Research Centre (UCSI), dan MyCDA telah menganjurkan Program Ihya’ Ramadan bersama Pertubuhan Pusat Aktiviti Warga Emas PAWE@MyAgeing bertempat di Wakaf Pak Ngah Atan, Seremban. Program ini turut dihadiri oleh pewakaf Wakaf Pak Ngah Atan iaitu Pn. Hajah Hasnah Udin.

Program ini merupakan inisiatif yang bertujuan untuk menyediakan pengalaman Ramadan yang bermakna dan memberi manfaat kepada warga emas yang terlibat serta menyokong keperluan dan kepentingan golongan emas bagi menjadikan bulan Ramadan sebagai waktu yang penuh keberkatan dan kegembiraan bagi mereka. Pelbagai pengisian telah direncanakan sepanjang program ini. Program bermula seawal jam 3 petang dengan ucapan aluan dari PM. Dr. Roslan Rosnon mewakili Pengarah MyAgeing™ dan disusuli kata aluan dari Prof. Dr. Mansor Abu Talib, Pengarah Wellbeing Research Centre, UCSI University.

Ceramah ringkas bertajuk ‘Ramadan dan Pengurusan Emosi’ yang telah disampaikan oleh Dr. Mohamad Naqiuddin Dahamat Azam, Penyelidik Bersekutu MyAgeing ™ telah memberi peluang kepada warga emas untuk mendalami ilmu agama dan meningkatkan keimanan mereka. Di samping itu, turut diadakan Majlis Tahlil serta Solat Tarawikh secara berjemaah.

Selain aspek keagamaan, program ini juga turut merangkumi aktiviti sosial yang bertujuan untuk mengeratkan hubungan sosial antara para peserta. Antaranya ‘Square Stepping Activity’ dan ‘Happiness Circle’ yang telah dikendalikan oleh Wellbeing Research Centre, UCSI University. Setelah azan berkumandang, para jemputan berbuka puasa bersama menikmati juadah enak yang disediakan.

 

 

 

Melalui program ini, pihak penganjur berusaha untuk mencipta pengalaman Ramadan yang bermakna dan memberi manfaat kepada golongan warga emas serta memastikan mereka dapat merasai keberkatan dan kegembiraan bulan suci ini dalam suasana yang sesuai dengan keperluan dan kehendak mereka.

Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada pihak penganjur yang telah memberikan sumbangan. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.

Tarikh Input: 01/04/2024 | Kemaskini: 01/04/2024 | ainulmardiyyah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeingâ„¢)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397692750/ 2755
0397692738/ 2744
SXEeCAF~