MESYUARAT PAKAR DASAR KELUARGA DI RANTAU ASIA-PASIFIK KE-2 | INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeingâ„¢)
» BERITA » MESYUARAT PAKAR DASAR KELUARGA DI RANTAU ASIA-PASIFIK KE-2

MESYUARAT PAKAR DASAR KELUARGA DI RANTAU ASIA-PASIFIK KE-2

Oleh : Mohd Nadzri Mohd Nor

SEOUL, 22 Nov – Mesyuarat Pakar Dasar Keluarga di Rantau Asia-Pasifik ke-2 yang dianjurkan oleh Organisation for Economic Co-operation and Development Korea Policy Center (OECD) telah diadakan baru-baru ini di Glad Hotel, Seoul, Korea Selatan. Topik utama mesyuarat ini adalah bagi berbincang mengenai Pangkalan Data Keluarga di Rantau Asia Pasifik. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh lapan delegasi yang mewakili setiap negara iaitu dari China, Korea, Singapura, Jepun, Thailand, Malaysia, Vietnam dan Indonesia. Mewakili Malaysia, ialah Pengarah, Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing ™) UPM, Prof. Dr. Tengku Aizan Hamid.

Pihak penganjur dan deligasi bekerja keras untuk membentuk Pangkalan Data Keluarga Rantau Asia-Pacific di laman web ibu pejabat OECD Paris pada akhir tahun ini. Perjumpaan ini telah terbukti bermanfaat bagi negara-negara Asia Pasifik dan mesyuarat seterusnya sedang dirancang untuk diadakan pada tahun hadapan.

Tarikh Input: 28/11/2017 | Kemaskini: 28/11/2017 | izwanmz

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeingâ„¢)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397692750/ 2755
0397692738/ 2744
SXDdHAs~