MoU UPM Dan KWAP | INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeingâ„¢)
» BERITA » MoU UPM dan KWAP

MoU UPM dan KWAP

SERDANG, 30 Mei - Tanggal 26 Mei 2017 bertempat di Menara Integra Kuala Lumpur, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) yang merangka peluang kerjasama dalam bidang penuaan dan persaraan. 

UPM diwakili oleh Naib Canselor UPM, Prof. Datin Paduka Dr. Aini Ideris. Manakala KWAP pula telah diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Dato' Wan Kamaruzaman Wan Ahmad. Majlis MoU ini telah disaksikan oleh Pengarah Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (IPPM) UPM, Prof. Dr Tengku Aizan Hamid dan wakil dari pihak KWAP.

Tarikh Input: 31/05/2017 | Kemaskini: 31/05/2017 | mrizal

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeingâ„¢)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397692750/ 2755
0397692738/ 2744
SXEUTA3~