MyAgeing® Sambut Bulan Alzheimer Merentas Intergenerasi | INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeing®)
» BERITA » MyAgeing® Sambut Bulan Alzheimer Merentas Intergenerasi

MyAgeing® Sambut Bulan Alzheimer Merentas Intergenerasi

26 September, SERDANG, – Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing ®ï¸) telah mengadakan Sambutan Bulan Alzheimer pagi tadi. Sambutan ini telah disertai seramai 150 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah dari Sekolah Menengah Pengkalan Chepa Kota Bharu Kelantan, Persatuan warga emas University of the Third Age Malaysia, staf Universiti Putra Malaysia (UPM), komuniti sekitar Serdang dan Sri Kembangan. Sambutan Bulan Alzheimer Merentas Intergenerasi ini telah dirasmikan oleh Pengarah MyAgeing®ï¸, Yang Berusaha Prof. Madya Dr. Rahimah Ibrahim.

Sambutan ini dirancakkan lagi dengan Program ‘’Kenali Demensia Bersama Pakar’’ telah berlangsung di Bilik Latihan, Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing®ï¸). Sesi pertama bertajuk Peranan Rehabilitasi Dalam Keberdikarian, Kefungsian dan Penjagaan Dalam Isu Demensia telah disampaikan oleh Yang berusaha Dr. Muhammad Hibatullah Ramli dari Jabatan Perubatan Rehabilitasi, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan UPM. Di dalam perkongsian ini, beliau menerangkan cara mengenalpasti dan mengatasi permasalahan kognitif dalam kalangan warga emas serta rehabilitasi pesakit demensia.

Sesi kedua pula telah disampaikan oleh Yang Berusaha Prof. Madya Dr. Hakimah Mohammad Sallehuddin dari Jabatan Perubatan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, UPM yang bertajuk Demensia dan Cara Rawatan Demensia. Di dalam perkongsian ini, beliau menerangkan mengenai demensia dengan lebih terperinci serta cara merawat pesakit demensia. Terdapat 10 tanda amaran awal pesakit demensia dan keperluan penjaga pesakit demensia untuk menjaga kesihatan mereka.

Sesi terakhir peserta telah dihidangkan dengan demo masakan sihat oleh Yang Berbahagia Prof. Dr. Rosita Jamaludin. Menu masakan yang diajar adalah Singgang Daging dan Kerutup Ikan. Penceramah telah berkongsi mengenai tips masakan yang betul untuk mengelakkan keracunan makanan serta penggunaan minyak masakan yang sesuai untuk warga emas. Para peserta turut sama membantu dalam penyediaan makanan dan amat teruja dan seronok untuk merasa menu yang telah disiap dihidang.

MyAgeing®ï¸ turut mendedahkan kepada Peserta dari Sekolah juga dibawa merasai dan mencuba sendiri perkhidmatan yang ditawarkan dan menyokong kepada warga emas. Turut diadakan demo pemakaian Ageing Suit bagi pelajar merasai sendiri kesulitan warga emas semasa meningkat usia disampaikan oleh Dr. Asmidawati Ashari dari Jabatan Pembangunan Manusia dan Pengajian Keluarga, Fakulti Ekologi Manusia, UPM.

Sementara itu, Sambutan Bulan Alzheimer diadakan merentas generasi untuk meningkatkan kesedaran tentang penyakit Alzheimer dan impak yang dihadapinya, bukan sahaja terhadap warga emas, tetapi juga terhadap keluarga dan komuniti. Aktiviti ini bertujuan untuk menghubungkan generasi muda dengan warga emas, memperkukuh ikatan keluarga, dan memupuk pemahaman terhadap isu-isu yang dihadapi oleh pesakit Alzheimer. Sambutan Bulan Alzheimer Sedunia adalah pada bulan September manakala Hari Alzheimer Sedunia disambut pada 21 September.

Tarikh Input: 27/09/2024 | Kemaskini: 30/09/2024 | lizamdnor

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeing®)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397692750/ 2755
0397692738/ 2744
X, (04:01:41am-04:06:41am, 08 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]