MyAgeing™ Turut Sertai Forum Ekonomi Penjagaan Malaysia 2.0 (MCEF2.0) | INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeing®)
» BERITA » MyAgeing™ turut sertai Forum Ekonomi Penjagaan Malaysia 2.0 (MCEF2.0)

MyAgeing™ turut sertai Forum Ekonomi Penjagaan Malaysia 2.0 (MCEF2.0)

 
KUALA LUMPUR, 25 Ogos - Pengarah Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia, UPM dijemput untuk menyumbang saran idea dan kepakaran di Forum Ekonomi Penjagaan Malaysia 2.0 (MCEF2.0) oleh penganjur Majlis Kebangsaan Pertubuhan-pertubuhan Wanita Malaysia (NCWO) di M Resort & Hotel Kuala Lumpur. Pasukan Petugas Khas Pemudah Cara Perniagaan (PEMUDAH) di bawah Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) telah menjemput pemegangtaruh daripada sektor awam, akademik dan swasta untuk membincangkan kerangka perundangan ke arah pemerkasaan pekerja penjagaan, laluan kelayakan dan pensijilan serta intipati dan kurikulum latihan yang mampu melahirkan penjaga yang berkaliber tinggi serta professional.
 
Rentetan daripada MCEF yang pertama pada tahun 2023, forum tahun ini bertemakan "Caregiving in a Caring Society" dan dianjurkan bersama oleh NCWO, PEMUDAH, the Asia Foundation, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan KPJ Kesihatan Sdn Bhd. Pembentangan oleh Prof. Dr. Irene Blackberry, Pengarah, Care Economy Research Institute, La Trobe University, Australia dan En. Dzafir Mustapha, Pengarah Kanan Pembangunan Dasar dan Kepakaran MQA telah dipengerusikan oleh Profesor Emerita Tan Sri Dr. Sharifah Hapsah Syed Hasan, President NCWO.
 
 
MCEF2.0 dijalankan bersempena dengan sambutan Hari Wanita Kebangsaan NCWO ke-63 dan dirasmikan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah yang bertitah agar semua pihak mendepani isu-isu penjagaan yang dihadapi oleh keluarga di Malaysia. Turut hadir isteri Perdana Menteri YABhg. Dato' Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, YB Dato' Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, berserta Timbalan Menteri dan KSU KPWKM.

Tarikh Input: 30/08/2024 | Kemaskini: 04/09/2024 | lizamdnor

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeing®)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397692750/ 2755
0397692738/ 2744
X, (04:42:53am-04:47:53am, 08 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]