MyAgeing®️ Raikan Pencapaian Staf Dalam Majlis Apresiasi | INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeing®)
» BERITA » MyAgeing®️ Raikan Pencapaian Staf dalam Majlis Apresiasi

MyAgeing®️ Raikan Pencapaian Staf dalam Majlis Apresiasi

13 April, Serdang — Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing®ï¸), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan Majlis Apresiasi MyAgeing®ï¸ 2026 bagi menghargai sumbangan serta komitmen warga institut yang menunjukkan prestasi cemerlang dalam pelbagai bidang sepanjang tahun 2025.

Majlis yang berlangsung dalam suasana penuh mesra dan penghargaan ini bertujuan mengiktiraf usaha warga MyAgeing®ï¸ yang sentiasa komited dalam menyumbang kepada kecemerlangan institut, sama ada dalam bidang penyelidikan, penerbitan ilmiah mahupun pengurusan organisasi.

Pada majlis tersebut, beberapa anugerah telah disampaikan sebagai tanda penghargaan terhadap pencapaian staf. Antaranya ialah Anugerah Penerbitan, Penyelidikan dan Inovasi 2025 yang merangkumi kategori Penerbitan Jurnal Berimpak Tinggi JCR (Q1 dan Q2) serta kategori Projek Penyelidikan atau Projek Perundingan. Anugerah ini diberikan bagi mengiktiraf usaha penyelidik yang berjaya menghasilkan penerbitan berkualiti tinggi, serta menjalankan projek penyelidikan dan perundingan yang memberi impak kepada pembangunan ilmu dan masyarakat.

Selain itu, Anugerah Pengurusan Sumber Manusia 2025 turut disampaikan, yang merangkumi kategori Kehadiran Cemerlang dan kategori Pekerja Paling Sihat. Anugerah ini merupakan penghargaan kepada staf yang menunjukkan disiplin kerja yang tinggi serta komitmen dalam mengamalkan gaya hidup sihat sebagai sebahagian daripada budaya kerja positif di MyAgeing®ï¸.

Penganugerahan ini bukan sahaja bertujuan menghargai pencapaian individu, malah diharapkan dapat menjadi inspirasi dan motivasi kepada seluruh warga MyAgeing®ï¸ untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dalam bidang masing-masing. Majlis Apresiasi ini juga menjadi platform untuk mengeratkan hubungan serta memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan staf institut.

  

 

Tarikh Input: 15/04/2026 | Kemaskini: 15/04/2026 | n_asyikin

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeing®)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397692750/ 2755
0397692738/ 2744
X, (01:16:31am-01:21:31am, 18 May 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]