MyAgeing®️ Sertai 2026 Regional Retirement Symposium Di Johor Bahru | INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeing®) myageing
» BERITA » MyAgeing®️ Sertai 2026 Regional Retirement Symposium di Johor Bahru

MyAgeing®️ Sertai 2026 Regional Retirement Symposium di Johor Bahru

11 April, Johor Bahru – Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing®ï¸), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menyertai 2026 Regional Retirement Symposium yang berlangsung di Wisma Great Eastern, Southkey, Johor Bahru. Program anjuran Great Eastern ini menghimpunkan pakar dalam bidang penuaan, kewangan persaraan dan kesihatan bagi berkongsi pandangan serta meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai persediaan menghadapi kehidupan selepas bersara.

Timbalan Pengarah MyAgeing®ï¸, Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Nazim Mohtar, turut menyampaikan ucapan pembukaan dalam program tersebut. Beliau menekankan kepentingan perancangan persaraan yang menyeluruh merangkumi aspek kesihatan, kewangan dan kesejahteraan sosial selaras dengan keperluan masyarakat Malaysia yang semakin menuju ke arah negara menua.

MyAgeing®ï¸ turut membuka ruang pameran bagi berkongsi maklumat berkaitan penyelidikan penuaan, penuaan sihat serta pelbagai inisiatif yang dilaksanakan oleh institut dalam menyokong kesejahteraan warga emas. Pameran ini memberi peluang kepada peserta untuk mengenali dengan lebih dekat peranan MyAgeing®ï¸ dalam bidang penuaan serta usaha meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan perancangan persaraan yang holistik.

Program ini merupakan sebahagian daripada siri Regional Retirement Symposium yang dianjurkan oleh Great Eastern bagi meningkatkan kefahaman masyarakat tentang persediaan menghadapi kehidupan selepas bersara melalui perkongsian pakar serta kolaborasi strategik bersama pelbagai organisasi dan institusi berkaitan.
 
  
 

Tarikh Input: 14/04/2026 | Kemaskini: 15/04/2026 | n_asyikin

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeing®)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397692750/ 2755
0397692738/ 2744
X, (07:46:42am-07:51:42am, 29 Sep 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]