MyAgeing® Teraju Kepimpinan Masa Depan Negara! | INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeing®) myageing
» BERITA » MyAgeing® Teraju Kepimpinan Masa Depan Negara!

MyAgeing® Teraju Kepimpinan Masa Depan Negara!

Serdang, 29 Mei – Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Nazim Mohtar, Timbalan Pengarah MyAgeing®, telah mewakili institut dalam Program Karisma Pemikir MADANI Kepimpinan Tertinggi UPM yang berlangsung pada 28–29 Mei 2025 di Courtyard by Marriott Kuala Lumpur South.

Program anjuran Kementerian Pendidikan Tinggi, Jabatan Perdana Menteri, dan Akademi Kenegaraan Malaysia ini membawa tema “Berilmu, Berbakti: Cabaran dan Kemampanan Menuju Visi 2050”, dan menghimpunkan barisan kepimpinan tertinggi universiti untuk membincangkan visi, cabaran serta peranan institusi pendidikan tinggi dalam membentuk masa depan negara.

📌 Sorotan Program:
✨ Sesi wacana nasional tentang Malaysia MADANI, kepimpinan pasca normal dan kelestarian masa depan
✨ Pengisian daripada tokoh pemikir seperti Tan Sri Dato’ Sri Syed Zainal Abidin dan YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir
✨ Dialog strategik yang merangka hala tuju pendidikan tinggi dan perkhidmatan awam menjelang 2050

MyAgeing® komited menyumbang kepada agenda kepimpinan ilmu dan kemampanan sosial negara.

#MyAgeing #UPM2050 #PemikirMADANI #MalaysiaMADANI #KepimpinanMasaDepan #GerontologiMalaysia

Tarikh Input: 29/05/2025 | Kemaskini: 29/05/2025 | n_asyikin

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeing®)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397692750/ 2755
0397692738/ 2744
W, (09:07:12pm-09:12:12pm, 15 Aug 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]