Pameran Projek Reka Bentuk Sistem Elektrik Dan Elektronik | INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeingâ„¢)
» BERITA » Pameran Projek Reka Bentuk Sistem Elektrik dan Elektronik

Pameran Projek Reka Bentuk Sistem Elektrik dan Elektronik

Oleh: Norliza Md Nor
Gambar: Siti Nor Hadirah Azman

 
SERDANG, 16 Feb - Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing™) dengan kerjasama Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Fakulti Kejuruteraan telah dengan jayanya menganjurkan pameran projek bagi kursus EEE4947: Projek Reka Bentuk Sistem Elektrik dan Elektronik. Seramai 60 orang pelajar, terlibat Projek ini dijalankan oleh pelajar tahun akhir Bacelor Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik bertemakan Malaysia as Aged Nation 2030 untuk membangunkan inovasi kejuruteraan bagi warga emas. Sebanyak 12 buah model projek telah dipersembahkan oleh kumpulan pelajar. Pameran ini merupakan pameran kali kedua telah dilaksanakan sejak tahun 2019.

Para juri yang mengadili semasa pameran ini adalah terdiri daripada warga emas dari persatuan rukun tetangga dan wakil- wakil persatuan warga emas sekitar Universiti Malaysia turut dijemput hadir. Para juri diberi mencuba produk dan merasai sendiri fungsi yang menyokong warga emas.

“Menurut para juri pameran projek seperti ini amat baik untuk diteruskan pada masa akan datang”.

“Pengarah MyAgeing™ Prof. Siti Anom Ahmad berkata projek seperti ini memberi suntikan semangat untuk pelajar terus berinovasi dan kreatif dalam menyokong dan menarik minat pelajar dalam bidang geronteknologi.”

Tiga pemenang telah dipilih dari pameran tersebut. Pemenang untuk pameran projek bagi kursus EEE4947: Projek Reka Bentuk Sistem Elektrik dan Elektronik ini telah dimenangi oleh kumpulan 1E. Tajuk projek ( H2O4U) Sip with Ease: The Bedside Water Dispenser for Easy Access to Hydration. Tempat kedua telah dimenagi oleh kumpulan 1 C: Tajuk Projek: Caring O – Fall Detection with outometed lighting. Tempat ketiga dimenang oleh kumpulan 2A. Tajuk Projek SmartCare2U. Ketiga – tiga pemenang ini telah memenangi wang tunai sebanyak RM100.00 setiap kumpulan.

Sementara itu, Ts. Dr. Mohd Nazim Moktar merupakan penyelaras program pameran projek bagi kursus EEE4947: Projek Reka Bentuk Sistem Elektrik dan Elektronik yang merupakan Ketua Program Geronteknologi , Institut penyelidikan Penuaan Malaysia

Tarikh Input: 17/02/2023 | Kemaskini: 14/03/2023 | lizamdnor

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeingâ„¢)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397692750/ 2755
0397692738/ 2744
SXEUDAC~