Penilaian Kendiri EKSA IPPM 2022 | INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeingâ„¢)
» BERITA » Penilaian Kendiri EKSA IPPM 2022

Penilaian Kendiri EKSA IPPM 2022

8 September 2022 (UPM, Serdang) – Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia pada hari ini telah menerima kunjungan 2 fasilitator sebagai juruaudit kendiri Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) iaitu Puan Nur Fazrina Ismail dari Kolej Sultan Alaeddin Suleiman Shah dan Encik Hakeem Mohd Ibrahim dari Bahagian Perumahan dan Penempatan, UPM. Sesi Penilaian Kendiri EKSA yang dijalankan di semua kawasan institut adalah merupakan salah satu kriteria yang diperlukan bagi membolehkan institut masuk bertanding di dalam Anugerah Kualiti Persekitaran Tempat Kerja yang juga bersempena Sambutan HKIP tahun ini.

Di samping itu, sesi audit pada kali ini juga sebagai satu sokongan institut terhadap budaya EKSA. Sekalung tahniah dah syabas diucapkan kepada semua pegawai dan kakitangan IPPM yang telah memberikan kerjasama dan komitmen dalam memastikan lokasi bersedia diaudit buat kali ini. Semoga teguran dan penemuan auditan pada kali ini mampu menyuntik idea baharu untuk meneruskan amalan EKSA IPPM dengan lebih cemerlang di masa akan datang.

   







Tarikh Input: 15/09/2022 | Kemaskini: 15/09/2022 | n_asyikin

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeingâ„¢)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397692750/ 2755
0397692738/ 2744
SXEbMAK~