Penutupan Program Pendidikan Kesihatan Kewangan Di Tempat Kerja | INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeingâ„¢)
» BERITA » Penutupan Program Pendidikan Kesihatan Kewangan di Tempat Kerja

Penutupan Program Pendidikan Kesihatan Kewangan di Tempat Kerja

SERDANG, 19 April – Majlis Penutupan Program Pendidikan Kesihatan Kewangan di Tempat Kerja telah berlangsung bertempat di Makmal Jagaan Harian Warga Emas (MyAgeingCares). Ketua Unit Eksperimentasi Penjagaan Warga Emas Emas (ACE), Dr. Rajna Anthony telah menyampaikan saguhati kepada semua peserta yang terlibat. Saguhati ini merupakan hasil keuntungan para peserta dalam menjalankan perniagaan jualan air minuman, aiskrim serta kuih raya. Beliau turut mengumumkan dua (2) orang pemenang iaitu Pn. Ainul Mardiyyah Abdul Rahman dan Puan Norliza Md Nor kerana telah berjaya mengumpul tempahan kuih-raya tertinggi.

Rata-rata peserta memanjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Illahi atas pendapatan tambahan yang diterima sebagai persiapan menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma tidak lama lagi. Di samping itu, para peserta juga dapat menimba pengalaman baru berjinak-jinak dalam dunia perniagaan.

Sementara itu, Program Pendidikan Kesihatan Kewangan di Tempat Kerja merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Hab Pendidikan dan Literasi Kewangan (MyFiLE) bertujuan untuk memberikan pengetahuan dan pendidikan berkaitan ilmu kewangan kepada staf pelaksana. Program ini dijalankan selama tiga (3) siri bermula pada 27 Januari 2023. Seramai 13 orang peserta yang terdiri daripada staf sokongan MyAgeing™ telah menyertai program ini.

 

Tarikh Input: 19/04/2023 | Kemaskini: 19/04/2023 | ainulmardiyyah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeingâ„¢)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397692750/ 2755
0397692738/ 2744
SXEZWAw~