Pra - Ujian Modul Literasi Digital Untuk Warga Emas | INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeingâ„¢)
» BERITA » Pra - Ujian Modul Literasi Digital untuk warga Emas

Pra - Ujian Modul Literasi Digital untuk warga Emas

 

SERDANG -  Baru-baru ini, Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia ( MyAgeing) telah berjaya menjalankan bengkel pra-ujian pada 15 hingga 17 November 2021, bertempat di Hotel Le-Meridien. Bengkel Pra- ujian ini diadakan bertujuan untuk mengenal pasti kesesuaian modul ini sepenuhi untuk warga emas sebelum menjalankan program literasi digital sepenuhnya akan datang.MyAgeing telah membangunkan lima modul pendidikan pada peranti mudah alih dan aplikasi untuk pembelajaran kendiri untuk warga Emas. Penyelidik yang terlibat sebagai tenaga pengajar semasa bengkel ini Prof. Ir. Dr. Siti Anom Ahmad selaku Ketua Projek, diikuti Prof. Madya Ir. Ts. Dr. Fakhrul Zaman Rokhani (Ketua Program Geronteknologi), Dr. Foong Hui Foh (Pasca Doktoral), Puan Farra Zillah Abdullah (Pegawai Penyelidik) dan Encik Mohamad Fadhilah Bagat (Pegawai Penyelidik Sosial).

Seramai 10 peserta  telah menyertai bengkel tiga hari kami dan memberikan maklum balas yang sangat positif terhadap modul yang telah diuji. bersedia untuk melibatkan diri dengan lebih ramai warga emas untuk berkongsi program pembelajaran sepanjang hayat kami - 'Literasi Digital untuk Warga Emas'

Tarikh Input: 27/12/2021 | Kemaskini: 27/12/2021 | lizamdnor

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeingâ„¢)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397692750/ 2755
0397692738/ 2744
SXDdCAY~