Serdang - 26 April, Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing®) telah menganjurkan program gotong-royong bersama pelajar Bakti Siswa bagi membersihkan kawasan kompleks MyAgeing. Program ini merupakan usaha untuk memperkukuhkan amalan EKSA (Ekosistem Kondusif Sektor Awam) di MyAgeing.
Aktiviti ini bertujuan memastikan persekitaran MyAgeing sentiasa bersih, teratur, dan kondusif. Kesemua pelajar dan pegawai MyAgeing telah menunjukkan kerjasama yang amat baik dalam menjayakan program ini.
Melalui kerjasama erat antara pelajar dan pegawai, program ini menunjukkan semangat tanggungjawab bersama dalam menjaga kebersihan dan persekitaran kerja yang selesa demi kecemerlangan penyelidikan penuaan.
Tarikh Input: 26/04/2025 | Kemaskini: 26/04/2025 | n_asyikin

Universiti Putra Malaysia,
43400 Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
MALAYSIA