AMPANGAN, 17 Sept - Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing®) menyantuni jemputan pihak PAWE@MyAgeing ke Program Hari Malaysia Peringkat JPKK Kampung Gedong Lalang Lama dengan kerjasama PAWE@MyAgeing bertempat di Wakaf Pak Ngah Atan, Ampangan, Negeri Sembilan. Program ini diadakan bersempena Hari Malaysia yang jatuh pada 16 September 2024.
Pengarah MyAgeing®, Prof. Madya Dr. Rahimah Ibrahim dan Pegawai Eksekutif, En. Farid Jihadi Sulaiman telah menghadiri ke pogram berkenaan. Tetamu kehormat YB Tengku Hajah Zamrah binti Tengku Sulaiman, ADUN Kawasan Ampangan / Ahli Exco Negeri Sembilan turut hadir bagi memeriahkan majlis. Program ini juga turut dihadiri oleh wakil dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) serta ahli-ahli PAWE@MyAgeing.
Para tetamu jemputan telah disambut dengan persembahan paluan kompang. Turut diadakan persembahan chairobic, pameran hasil kraftangan ahli PAWE@MyAgeing dan sesi beramah mesra bersama warga PAWE.
Tarikh Input: 23/09/2024 |
Kemaskini: 23/09/2024 | ainulmardiyyah
PERKONGSIAN MEDIA