Program Pendidikan Kesihatan Kewangan Di Tempat Kerja (Siri 3) | INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeingâ„¢)
» BERITA » Program Pendidikan Kesihatan Kewangan Di Tempat Kerja (Siri 3)

Program Pendidikan Kesihatan Kewangan Di Tempat Kerja (Siri 3)

SERDANG, 10 Feb – Program Pendidikan Kesihatan Kewangan di Tempat Kerja (Siri 3) merupakan sebuah program yang dianjurkan oleh Hab Pendidikan dan Literasi Kewangan (MyFiLE) bertempat di Bilik Latihan, MyAgeing™. Seramai 13 orang peserta yang terdiri daripada staf sokongan MyAgeing™ telah menyertai program ini sepanjang tiga (3) siri berturut-turut bermula pada 27 Jan 2023 yang lalu.

Pada kali ini, peserta didedahkan mengenai 6 ciri-ciri personaliti kewangan iaitu ‘keselamatan/sekuriti’, ‘spontan/boros’, ‘selebriti’, ‘pengasuh (nurturer)’, ‘periang’ dan ‘perancang’. Peserta juga turut diajar berkaitan kemahiran dalam pengurusan wang.

Di akhir program, peserta diminta menyediakan aliran tunai / perbelanjaan selama sebulan bermula 10 Feb 2023 hingga 10 Mac 2023. Selain itu, peserta turut diberikan tugasan untuk menjalankan projek bagi menjana pendapatan sempena menyambut Hari Raya Aidifitri yang bakal tiba tidak lama lagi.

 

Tarikh Input: 10/02/2023 | Kemaskini: 20/04/2023 | ainulmardiyyah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeingâ„¢)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397692750/ 2755
0397692738/ 2744
SXEUBA3~