Selamat Maju Jaya Dari MyAgeing​™ | INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeingâ„¢)
» BERITA » Selamat Maju Jaya dari MyAgeing​™

Selamat Maju Jaya dari MyAgeing​™

SERDANG, 30 November-Dua orang pegawai perubatan dari Klinik Kesihatan Kuala Lumpur dan Klinik Kesihatan Pandamaran Klang telah tamat menjalani sangkutan di Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing™) hari ini.

​MyAgeing™ berharap sangkutan ini sedikit sebanyak dapat membantu memperluaskan bidang penuaan di dalam sektor kesihatan Malaysia. Sangkutan ini dapat meningkatkan sinergi dalam kerjasama dan berkongsi idea menjalankan penyelidikan bidang penuaan. Justeru dapat memperkukuhkan jaringan antara Universiti dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam menyumbang kepada komuniti setempat khususnya bersama warga emas.

Sementara itu, dalam gambar dari kiri Dr. Noor Harzana Harun (KKM), Prof. Ir. Dr. Siti Anom Ahmad (Pengarah), Prof. Madya Dr. Rahimah Ibrahim (Timbalan Pengarah), Prof. Madya Dr. Zumilah Zainalaludin (Ketua Laboratori Sosial Gerontologi), Dr. Nagammai Thiagaran (KKM) dan Dr. Hui Foh Foong (Pasca Doktoral).

 

Tarikh Input: 30/11/2022 | Kemaskini: 30/11/2022 | lizamdnor

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeingâ„¢)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397692750/ 2755
0397692738/ 2744
SXEUIA5~