Seminar 'Overview Of Statistical Analysis And Study Design In Medical Sciences' | INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeingâ„¢)
» BERITA » Seminar 'Overview Of Statistical Analysis And Study Design In Medical Sciences'

Seminar 'Overview Of Statistical Analysis And Study Design In Medical Sciences'

    

SERDANG, 13 April – Jawatankuasa Latihan dan Sumber Pembelajaran pada Penuaan (TERA) telah mengadakan Seminar ‘Overview of Statistical Analysis And Study Design In Medical Sciences’ bertempat di Bilik Latihan, MyAgeing™. Seminar ini mensasarkan peserta pelajar baharu pascasiswazah. Terdapat seramai 14 orang peserta menyertai seminar ini.

Seminar ini berlangsung selama dua (2) jam. Penceramah seminar iaitu En. Hazwan Mat Din, Pegawai Penyelidik Laboratori Gerontologi Perubatan dan Geronteknologi telah berkongsi kepakaran bersama peserta.  

Sementara itu, seminar ini merupakan salah satu program yang dianjurkan oleh TERA pada setiap tahun bertujuan membantu pelajar untuk mengenalpasti dan memilih rekabentuk kajian dan analisis statistik yang bersesuaian untuk menjalankan aktiviti penyelidikan.

Tarikh Input: 13/04/2023 | Kemaskini: 13/04/2023 | ainulmardiyyah

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeingâ„¢)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397692750/ 2755
0397692738/ 2744
SXEYBAG~