Seminar “The Basic Principles Of Journal Publication For Postgraduate Students”. | INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeingâ„¢)
» BERITA » Seminar “The Basic Principles of Journal Publication for Postgraduate Students”.

Seminar “The Basic Principles of Journal Publication for Postgraduate Students”.

  



SERDANG, 18 April – Jawatankuasa Latihan dan Sumber Pembelajaran pada Penuaan (TERA) telah mengadakan Seminar ‘The basic principles of journal publication for postgraduate students’ bertempat di Bilik Latihan, MyAgeing™. Seminar ini mensasarkan peserta pelajar baharu pascasiswazah. Terdapat seramai 16 orang peserta menyertai seminar kali ini.

 
Seminar ini berlangsung selama dua (2) jam. Penceramah seminar iaitu Dr. Fong Hui Foh, Pasca Doktoral, Laboratori Gerontologi Sosial telah berkongsi kepakaran bersama peserta.  
 
Seminar ini bertujuan untuk membolehkan peserta memahami asas penulisan dan penerbitan artikel jurnal penyelidikan.
 
Program yang dianjurkan oleh TERA pada setiap tahun ini juga bertujuan membantu peserta memperoleh ilmu terkini berkenaan penerbitan yang akan menyokong pembelajaran dan aktiviti penyelidikan peserta.

Tarikh Input: 19/04/2023 | Kemaskini: 19/04/2023 | n_asyikin

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeingâ„¢)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397692750/ 2755
0397692738/ 2744
SXEUWAn~