Sesi Bedah Buku Read@MyAgeing | INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeing®)
» BERITA » Sesi Bedah Buku Read@MyAgeing

Sesi Bedah Buku Read@MyAgeing

Sesi Bedah Buku Bersama Read@MyAgeing

Serdang, 5 Julai 2024 – MyAgeing™ telah menganjurkan Sesi Bedah Buku siri pertama pada hari ini, Jumaat, jam 10.30 pagi di Sudut Read@MyAgeing.

Sesi ini disampaikan oleh Puan Dalina Kamarudin, Penolong Pendaftar Kanan MyAgeing™ yang mengupas buku berjudul Semua yang Sesak, Akan Perlahan Reda karya Syaari Ab Rahman. Program ini telah menarik minat ramai ahli institut dan dijalankan dalam suasana santai di ruang sudut bacaan MyAgeing™.

Objektif utama program ini adalah untuk memupuk budaya membaca dalam kalangan warga MyAgeing™ serta memberi manfaat melalui pembelajaran dan perbincangan yang diadakan. 

Diharapkan sesi seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang demi memupuk minat membaca dan meningkatkan ilmu pengetahuan dalam kalangan warga MyAgeing™.

Tarikh Input: 05/07/2024 | Kemaskini: 05/07/2024 | n_asyikin

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeing®)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397692750/ 2755
0397692738/ 2744
S, (02:03:00pm-02:08:00pm, 07 Apr 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]