Serdang, 8 November - Jawatankuasa Latihan dan Sumber Pembelajaran (TERA), Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing

), Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menganjurkan program bertajuk The Art of Kimchi: Fermenting Flavours, Preserving Tradition yang berlangsung di Makmal Penyediaan Makanan MyAgeing

, UPM.
Program ini diadakan bagi memperkenalkan seni dan teknik pembuatan kimchi, iaitu makanan tradisional Korea yang terkenal dengan nilai kesihatan serta keunikan rasanya. Selain itu, penganjuran program ini turut bertujuan memperkukuh kefahaman peserta terhadap kepelbagaian budaya makanan antarabangsa, khususnya dalam konteks pemakanan sihat dan berkhasiat.
Sesi pembelajaran telah dikendalikan oleh Encik Park Jaewoo, penyelidik pelawat di MyAgeing

, bersama isterinya Puan Heo Namyeong. Kedua-dua tenaga pengajar ini berkongsi pengalaman mereka dalam penyediaan serta penapaian kimchi secara tradisional, di samping menjelaskan manfaatnya terhadap kesihatan.
Seramai 20 orang peserta telah menyertai bengkel berkenaan yang merangkumi sesi demonstrasi, penerangan teori mengenai proses penapaian, serta aktiviti amali penyediaan kimchi. Para peserta turut berpeluang menikmati hasil kimchi yang mereka hasilkan pada akhir sesi.
Menurut wakil penganjur, program ini bukan sahaja memberikan pendedahan kepada peserta tentang seni kulinari dan budaya masyarakat Korea, malah turut menyokong usaha MyAgeing

dalam memperluas pengetahuan mengenai pemakanan berasaskan fermentasi yang memberi manfaat kepada kesihatan, khususnya dalam kalangan warga emas.
Penganjuran The Art of Kimchi: Fermenting Flavours, Preserving Tradition diharap dapat menjadi platform pertukaran ilmu dan amalan terbaik antara budaya, selain memperkukuh jaringan kerjasama antara MyAgeing

dan komuniti antarabangsa.
Tarikh Input: 10/11/2025 |
Kemaskini: 10/11/2025 | n_asyikin
PERKONGSIAN MEDIA