Warga Emas Aktif: Sihat Fizikal, Sejahtera Mental | INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeing®)
» BERITA » Warga Emas Aktif: Sihat Fizikal, Sejahtera Mental

Warga Emas Aktif: Sihat Fizikal, Sejahtera Mental

WARGA EMAS AKTIF: SIHAT FIZIKAL, SEJAHTERA MENTAL


Oleh: Nur Nabilah Haziqah bt Mohd Fauzi

 

SERDANG, 10 JANUARI- Seramai 39 orang murid dari pelajar Kursus Kokurikulum Berkredit Bakti Siswa (QKK2101) kumpulan 9  telah menganjurkan program “Together We Grow” di bawah kawal selia Pusat Kokurikulum Pembangunan Pelajar (PKPP). Program ini berlangsung selama dua hari yang bertempat di Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia, MyAgeing®. Inisiatif program ini adalah untuk mengeratkan hubungan antara golongan warga emas dengan pelajar. Di samping mengindahkan sekitar kawasan MyAgeing® melalui penanaman pokok-pokok herba.

             

Pengarah MyAgeing®, Prof. Madya Dr. Rahimah Ibrahim berkata, penganjuran program pada tahun ini mencerminkan kesungguhan mahasiswa dan mahasiswi UPM dalam memastikan program yang dilaksanakan dapat memberi impak yang tinggi kepada warga emas juga komuniti di sekitar Selangor.

 

Pengarah program, Adlina Izzah berkata, program yang dijalankan dijalankan bukan hanya bertujuan mencantikkan kawasan MyAgeing®. Namun, program ini salah satu usaha kami untuk mengukir senyuman dan memahatkan memori yang indah dalam diri warga emas. Selain itu, penganjuran program ini turut mendapat sokongan daripada pihak Pusat Pembangunan Kokurikulum dan Pembangunan Pelajar (PKPP) dan dari pihak MyAgeing® sendiri.

 

Peserta turut serta terlibat dengan ceramah herba yang penuh informatif, disampaikan oleh Tuan Haji Tajuddin bin Abdul Manap. Ceramah yang disampaikan penuh dengan maklumat yang bermanfaat berkaitan dengan khasiat herba tradisi dalam membantu melambatkan proses penuaan. Di samping itu, pertandingan menu sihat yang dijalankan mendapat sambutan yang baik. Pertandingan yang dianjurkan  membuka minda mereka untuk mengamalkan pemakanan yang seimbang. Di samping itu, warga emas turut serta dalam demonstrasi  penghasilan Terrarium yang disampaikan oleh Encik Mohamad Indra Shahril bin Zainal. Aktiviti ini dilihat amat berguna buat peserta, lebih-lebih lagi bagi mengisi masa lapang atau dijadikan hobi. Pertandingan mewarna juga diadakan dan telah mendapat sokongan dari semua peringkat usia untuk menyertai. Aktiviti sebegini dapat mencungkil kreativiti yang terdapat dalam diri peserta. 

Pertandingan ini dikendalikan oleh pelajar kursus Bakti Siswa (QKK2101).  Penglibatan pelajar dalam program ini secara tidak langsung telah memberi pendedahan berkaitan aspek kepimpinan, organisasi dan kemahiran insaniah berteraskan pembelajaran berasaskan pengalaman.

Secara keseluruhannya, penganjuran pertandingan ini telah menghimpunkan  peserta yang terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat, warga UPM serta pelajar universiti. Selain mencungkil bakat dalam pertandingan yang dijalankan, program ini turut berperanan sebagai medium penyatuan universiti dan masyarakat melalui aktiviti yang sihat dan bermanfaat.

Tarikh Input: 13/01/2026 | Kemaskini: 13/01/2026 | norhanika

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeing®)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397692750/ 2755
0397692738/ 2744
X, (07:30:22pm-07:35:22pm, 07 Jun 2026)   [*LIVETIMESTAMP*]