SERDANG, 23 April – Institut Penyelidikan Penuaan Malaysia (MyAgeing®ï¸) telah menyertai sambutan "Program Jom Baca Bersama 10 Minit" yang diadakan secara serentak di seluruh negara semalam. Program yang ringkas namun penuh bermakna ini bertujuan memupuk semula minat membaca sebagai satu gaya hidup dalam kalangan warga kerja.
Menyedari kesibukan tugasan harian dan komitmen penyelidikan yang padat, usaha warga MyAgeing®ï¸ untuk berhenti seketika bagi menjayakan program ini amat membanggakan. Bukan mudah untuk "mencuri" masa di tengah-tengah timbunan tugas, namun kesungguhan staf yang mengambil bahagian membuktikan bahawa budaya ilmu tetap menjadi keutamaan.
Sepanjang 10 minit tersebut, para staf telah meluangkan masa membaca pelbagai genre bahan bacaan pilihan masing-masing. Walaupun bahan yang dibaca bersifat santai dan terbuka, semangat untuk kembali memegang buku atau bahan ilmiah, secara fizikal mahupun digital, telah mewujudkan suasana yang tenang dan positif di persekitaran pejabat.
Aktiviti ini juga merupakan inisiatif baik Jawatankuasa EKSA MyAgeing®ï¸ dalam menyahut seruan kebangsaan, sekaligus menyemarakkan lagi budaya membaca di peringkat institut. Melalui usaha ini, Jawatankuasa EKSA berharap agar Sudut Bacaan MyAgeing®ï¸ terus menjadi ruang yang dimanfaatkan sepenuhnya oleh staf untuk menambah ilmu serta mendapatkan inspirasi baharu.

Tarikh Input: 24/04/2026 | Kemaskini: 24/04/2026 | norhanika

Universiti Putra Malaysia,
43400 Serdang,
Selangor Darul Ehsan,
MALAYSIA