WEBINAR ‘JOM BELAJAR’ SIRI 2 : E-WALLETS | INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeingâ„¢)
» BERITA » WEBINAR ‘JOM BELAJAR’ SIRI 2 : E-WALLETS

WEBINAR ‘JOM BELAJAR’ SIRI 2 : E-WALLETS

SERDANG, 26 Feb 2021 - Hub Pendidikan dan Literasi Kewangan (MyFiLE), MyAgeingTM telah menganjurkan Webinar ‘Jom Belajar’ Siri 2: E-Wallets. Terdapat seramai 13 orang peserta terdiri daripada staf UPM dan organisasi luar mengikuti webinar berkenaan. Webinar ini dikendalikan oleh Jawatankuasa TERA.

 

Objektif webinar ini diadakan bagi menerangkan perbezaan penggunaan e-wallet berbanding penggunaan wang tunai/kad debit/kad kredit serta kelebihan dan kekurangan e-wallet yang popular di pasaran. Banyak lagi ilmu yang telah dikongsi dalam webinar selama 1 jam. Webinar ini telah disampaikan oleh Cik Suraya Zainudin, Perunding Komunikasi dan pengasas laman web Ringgit Oh Ringgit. Para peserta telah memberikan maklumbalas positif termasuklah kandungan webinar jelas dan mudah difahami. 

Webinar bersiri ‘Jom Belajar’ merupakan salah satu usaha pihak MyFiLE dalam menyediakan platform untuk menyampaikan ilmu pengetahuan berkaitan kewangan kepada warga UPM dan orang awam.

 

Disediakan Oleh:

Ainul Mardiyyah

 

 

Tarikh Input: 03/03/2021 | Kemaskini: 03/03/2021 | norhanika

PERKONGSIAN MEDIA

INSTITUT PENYELIDIKAN PENUAAN MALAYSIA (MyAgeingâ„¢)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang
Selangor Darul Ehsan
0397692750/ 2755
0397692738/ 2744
SXEYUA7~